web statistics

Ashraff dan Kebosanan!

semalam kuar ngan Ashraff, hari ni pun. Pagi-pagi lagi Ashraff dah call ajak breakfast. Lepas tu aku terasa cam nak tengok Saiful kat hospital. Entah kenapa kalau aku bersama Ashraff, aku rase makin dekat plak aku ngan Saiful. Asyik teringat Saiful dan nak sangat tau pasal perkembangan dia kat sane.
Petang nanti Ashraff ajak aku kuar. Kali ni dengan Azra sekali. Azra? Anak dia dan Kamalia. Dengan keadaan perut aku yang dah nampak besar ni, nak masuk 5 bulan dah. Takleh pakai jeans lagi. Rasenye baru je 2-3 minggu lepas aku leh pakai jeans. Hari ni plak dah tak lepas nak pakai. So, bayangkanlah pengalaman pertama aku dating dengan bertemankan seorang kanak-kanak kecil. Huhuhu… tak penah aku buat seumur hidup aku!
Dan mase aku duk menggelupur menuju ke parking kereta, Van Zack tiba-tiba muncul dan memanggil aku.
“hah! lame tak nampak” aku sengih.
“camne nak nampak kalo dah sibuk pandang orang lain. u bz ke?” Van Zack sandar kat pintu kereta aku.
Borak punye borak, Zack ajak minum.
“takleh lame ni, ade janji ngan member” aku mengelak. Memang ade janji pun.
“malam ni free? banyak projek nak deal ngan u ni” Zack sengih lagi.
“u datang umah lama i la malam ni. I dah tak duduk dengan Saiful lagi” Van tercengang.
“nape?” dia tetap tercengang.
“panjang cerita la, malam ni i citer ok. i dah lambat ni, nak kene balik dulu” aku sengih lagi. Memang susah nak mengelak ngan dia ni. Dia jenis banyak topik, ade je yg nak dibualkan.
“oklah malam ni i call u”
korang pun tau aku ni kalo lekat ngan lelaki aku nak kesenangan, bukan kesusahan. walaupun aku ni prihatin dan ade peri kemanusiaan, tapi tak mungkin aku nak menjebak diri, offer diri untuk menjadi ibu tiri kepada seorang kanak-kanak kecil yang merimaskan. Anak aku sendiri ni pun aku dah mula rasa risau, tak tau camne nak handle.
Keadaan Saiful macam biasa. Sekarang ni dia dah boleh bukak mata tapi masih tak bergerak. Ada tanda-tanda nak bergerak la. Kadang² jari-jari tangan dia cam gerak sesikit. Setiap kali dia nampak aku dia akan nangis. Mak mertua aku pun cakap, kalo aku takde, takde plak si Saiful nak meleleh airmata. Mungkin ade sesuatu dia nak sampaikan pada aku.
Aku biarkan je kes aku ngan Saiful tergantung. takde mood aku nak layan semua tu. Sementara topik perbualan aku dengan Ashraff asyik bertemakan dendam si Ashraff terhadap Saiful. Marah benar Ashraff nampaknya. Tapi bila aku tanya tentang penerimaan dia terhadap Kamalia sekiranya pompuan gile itu kembali, dia kata dia dah takleh nak terima Kamalia lagi. Kalo mase susah dulu, mungkin dia berharap sangat Kamalia balik, tapi sekarang dah tak lagi. So, kenapa tak padamkan saja dendam dia?
Mungkin senang bagi aku bercakap sebab semua tu tak kena kat batang idong aku. Habis kenapa aku berbaik dengan Ashraff setelah aku tau kisah sebenar? Malah aku dah mendalami jiwa Ashraff, takdelah bahaya sangat. Cuma mase dia datang hospital maki hamun Saiful tu, mungkin dia diambang kebencian sangat².
Lagak kami bagaikan satu keluarga. Aku dengan perut aku, dan Ashraff memimpin tangan Azra. Seperti sebuah keluarga. Aku merasakan kebosanannya. Tak dapat aku bayangkan andai semua ini benar-benar reality kehidupanku. isk! rimasnye… dengan gelagat Azra yang adakala menjengkelkan. Nak itu nak ini, nak dukung. Aku cuba berlagak selamba, bersikap keibuan dan cover line habis. Hahaha…
Author: ninja
Tags

Similar posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *