web statistics

Saiful vs Lelaki Misteri

seperti yang aku janjikan ngan mak mertua aku, pagi-pagi buta aku dah terpacak kat sjmc. kul 8 mak mertua aku call, aku kate aku dah ade kat sjmc. dia pun ucap mekasih banyak-banyak kali dan janji akan datang secepat mungkin. apa aku nak buat mengadap jantan rentung ni? aku turun breakfast jap. malas tul nak menatap muka mamat rentung tu. tapi kang kalo mak mertua aku sampai tengok aku takde, lain plak jadinye.
aku bukak pintu, dengar suara lelaki cakap-cakap pok pek pok pek. aku pasang telinga betul-betul. aku cuba amati betul-betul ape yang lelaki tu cakap. dia nampak marah. tapi kejap-kejap dia ketawa.
“setimpal dengan perbuatan kau Saiful! sekarang baru kau tau siapa Kamalia. dia tak kan bersama kau kalau bukan kerana kau ni lelaki berupa dan berduit”
“kau memang bodoh! sekarang kau rasalah! Jangankan Kamalia, joyah pun tak nak kat kau! hahaha”
Aku ketakutan. Ape benda ni. Sape mamat ni? Mamat tu pusing blakang nak blah dari bilik tu, pastu bertembung ngan aku. Dia terkejut beruk sambil lap airmata. Aik! Nangis plak. Tadi marah pastu ketawa, tetiba menitik-nitik plak airmata.
“awak ni tentu Yasmeen kan?”
bersambung…

Topic Artikel:

  • download sales memeknya kelihatan
Author: ninja
Tags

Similar posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *